Pertingkat kemahiran jurulatih

Pertingkat kemahiran jurulatih

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Seramai 17 orang jurulatih termasuk 10 orang dari luar negara kini sedang giat mengikuti Kursus Sijil Kejurulatihan ‘A’ AFC di NFABD House.

Kursus Sijil Kejurulatihan ‘A’ AFC yang meliputi teori dan amali berkenaan telah dibuka rasmi oleh EXCO NFABD, Haji Mohd Noor bin Haji Hamid.

Pemudahcara kursus berkenaan ialah Pengarah Teknikal NFABD, Awang Mike Wong.

Para peserta yang akan menjalani kursus selama 14 hari (28 Februari – 12 Mac) itu terdiri daripada tujuh orang jurulatih tempatan, enam orang jurulatih dari Malaysia dan seorang dari Nigeria, Maldives, Turkey dan United Kingdom.

Jurulatih tempatan yang menyertai kursus berkenaan ialah Haji Faizalani bin Ghani, Haji Zainuddin bin Haji Kassim, Awang Mohammad Darus bin Tanjong, Pengiran Serfuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh, Haji Mohd Yunos bin Haji Mohd Yusof, Awang Muhd Ali bin Haji Mustapha dan Awang Dayem bin Haji Ali.

Para peserta Kursus Sijil Kejurulatihan ‘A’ AFC bersama Hj Md Noor (tengah), Mike (tiga kiri) serta EXCO dan Pegawai NFABD.
Para peserta Kursus Sijil Kejurulatihan ‘A’ AFC bersama Hj Md Noor (tengah), Mike (tiga kiri) serta EXCO dan Pegawai NFABD.

Haji Mohd Noor dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana terpilih untuk menyertai kursus kejurulatihan bolasepak bertaraf tinggi yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh NFABD.

Beliau menyatakan kepercayaannya bahawa menerusi kursus berkenaan semua peserta akan mempelajari teknik dan taktik permainan bola sepak yang lebih bermutu dan seterusnya akan mampu mempersembahkan permainan bola sepak yang lebih menarik untuk para peminat bola sepak di rantau ini.

Daripada kursus tersebut, beliau berharap para peserta akan berupaya menjadi seorang jurulatih yang berjaya dan dapat memperbaiki persembahan kelab bola sepak di liga negara masing-masing, sekali gus memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan serantau mahupun antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA