Pertolongan diperlukan bagi penanaman semula padi

Pertolongan diperlukan bagi penanaman semula padi

YANGON, 16 Ogos (Reuters) – Petani di Myanmar menghadapi keadaan terdesak untuk menanam semula sawah padi yang musnah dalam tempoh dua minggu akan datang untuk mengelak kekurangan makanan, dan usaha bantuan di beberapa kawasan yang paling teruk terjejas di negara masih menimbulkan cabaran, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Lebih 1.3 juta penduduk terjejas teruk dan sekurang-kurangnya 106 orang telah terkorban sejak hujan monsun lebat serta siklon pada bulan lalu mencetuskan banjir di seluruh negara, menurut kerajaan.

Air telah surut di kebanyakan kawasan, membenarkan petani menilai kerosakan yang dialami oleh tanaman mereka dan juga menyemai stok tatkala musim berakhirnya penanaman semakin menjelang.

“JIka petani gagal mendapatkan benih padi dan menanam dalam tempoh dua minggu akan datang, tempoh terbaik untuk musim penanaman akan datang sudah berakhir,” kata Pierre Peron, jurucakap untuk Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal kemanusiaan (OCHA) di Myanmar.

“Jika mereka gagal menanam semula mereka akan terlepas musim ini dan kesan ke atas jaminan makanan adalah lebih besar daripada jika kami memberikan mereka sokongan untuk menanam semula.”

Myanmar ialah pengeksport beras, tetapi telah menghentikan eksport untuk menstabilkan harga.

PBB dan NGO telah memberikan bantuan makanan kecemasan kepada 386,000 orang yang terjejas oleh banjir, kata OCHA dalam laporan keadaan terbaru mengenai banjir.

ARTIKEL YANG SAMA