Pertukaran pandangan majukan bidang penanaman padi

Pertukaran pandangan majukan bidang penanaman padi

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Dis – Koperasi Padi Kebangsaan Berhad (KPKB)Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah mengadakan pertemuan dengan Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia Changkat Semantan, yang berlangsung di Restoran Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, di sini.

Mengetuai rombongan dari Malaysia itu ialah Ketua Sektor Pembangunan Koperasi, Datin Hajah Zuraidah binti Hasni yang antara lain berkata di Malaysia terdapat racun khas tanaman padi yang dibiayai oleh Bank Dunia untuk membunuh haiwan perosak seperti tikus, serangga dan ulat perosak tanaman padi.

Beliau turut melahirkan harapan supaya kedua-dua buah negara yang berjiran berkongsi pengalaman di antara Brunei Darussalam dan Malaysia terutamanya cawangan Koperasi Padi Malaysia, Miri, Bintulu dan Sarawak bagi memajukan bidang penanaman padi.

Sementara itu, dalam ucapan balasnya pada mesyuarat itu, Pengerusi KPKB, Haji Osman bin Haji Omar pula menjelaskan mengenai sejarah penanaman padi di negara ini, dan beliau juga melahirkan hasrat sama supaya kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam penanaman padi.

Sesi bergambar ramai bersama ahli KPKB Negara Brunei Darussalam dengan Suruhanjaya Koperasi Ma-laysia Miri, Bintulu dan Negeri Sarawak.
Sesi bergambar ramai bersama ahli KPKB Negara Brunei Darussalam dengan Suruhanjaya Koperasi Ma-laysia Miri, Bintulu dan Negeri Sarawak.

ARTIKEL YANG SAMA