Pertukaran, pelantikan SUT

Pertukaran, pelantikan SUT

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Baginda Sultan telah berkenan mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran dan pelantikan ke atas beberapa orang pegawai kanan berkuat kuasa mulai Isnin, 12 Zulkaedah 1437H bersamaan 15 Ogos 2016.

Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof ditukar ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) menjadi Setiausaha Tetap di KHEDN.

Sementara Timbalan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos pula dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.

ARTIKEL YANG SAMA