Pertukaran, pelantikan SUT/TSUT

Pertukaran, pelantikan SUT/TSUT

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Baginda Sultan telah mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran dan pelantikan ke atas beberapa orang pegawai kanan berkuat kuasa mulai Khamis 30 Muharram 1437H bersamaan 12 November 2015.

Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof ditukar ke Jabatan Perdana Menteri menjadi Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di JPM;

Setiausaha Tetap (Prestasi) di Kementerian Kewangan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny ditukar ke Kementerian Pembangunan menjadi Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan; Pemangku Jurukira Agung, Kementerian Kewangan, Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Prestasi) di Kementerian Kewangan di samping menjalankan tugasnya selaku Pemangku Jurukira Agung;

Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) di Kementerian Pertahanan, Haji Azhar bin Haji Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan;

Timbalan Setiausaha Tetap, di Kementerian Perhubungan Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos ditukar ke Jabatan Perdana Menteri menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Pentadbiran Awam) di JPM;

Pengarah Belanjawan di Kementerian Kewangan, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad dllantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Pematuhan) di Kementerian Kewangan.

ARTIKEL YANG SAMA