Pertukaran sukan Badminton Jepun-Brunei 24-27 Okt

Pertukaran sukan Badminton Jepun-Brunei 24-27 Okt

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Bagi memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70 tahun, Kedutaan Jepun di Brunei dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri di Jepun, Persatuan Badminton Jepun, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam dan Persatuan Badminton Brunei akan menganjurkan program pertukaran sukan badminton antara Brunei dan Jepun.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Sport for Tomorrow’ Perdana Menteri Abe, yang akan berlangsung bermula dari 24 hingga 27 Oktober.

Ia bertujuan bagi mempromosikan sukan kepada lebih 10 juta orang di lebih daripada 100 negara sehingga tahun 2020 apabila Jepun akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik.

Brunei akan dilawati oleh sekumpulan pasukan peringkat kebangsaan yang terdiri daripada atlet terkemuka Jepun dalam bidang badminton, termasuk Sho Sasaki.

Aksi Sho Sasaki ketika dalam satu perlawanan.
Aksi Sho Sasaki ketika dalam satu perlawanan.

Beliau merupakan salah seorang daripada yang mengambil bahagian dalam acara perseorangan lelaki bagi sukan badminton pada Sukan Olimpik Rio dan London, yang merupakan antara lapan atlet teratas bagi Sukan Olimpik London.

Beliau juga merancang untuk mengadakan sesi latihan perlawanan dan bimbingan bersama warga Brunei.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ‘Sport for Tomorrow’, sila layari: http://www.sport4tomorrow.jp/

ARTIKEL YANG SAMA