Pertukaran Timb. SUT

Pertukaran Timb. SUT

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan) di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid ke Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Pelaburan) di kementerian berkenaan.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, tarikh pertukaran tersebut berkuatkuasa mulai Khamis 11 Rabiulakhir 1437H bersamaan 21 Januari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA