Pertumbuhan China lembap beri kesan pasaran auto

Pertumbuhan China lembap beri kesan pasaran auto

SHANGHAI, 23 Sept (AFP) – Pengedar auto mewah Sunfonda, China berada di barisan hadapan untuk mencipta kejayaan ketika negara itu diambang peningkatan namun keadaan lembap dalam ekonomi negara nombor dua di dunia itu telah membadai cita-cita firma tersebut.

Ia adalah prestasi ekonomi paling terburuk dalam suku abad dan tindakan keras kerajaan ke atas rasuah telah menghambat lagi penjualan kereta mewah di negara itu dan Sunfonda bulan lalu mengumumkan penurunan 75 peratus dalam keuntungan bersih separuh pertama.

Sunfonda menubuhkan perniagaan pertamanya bagi Audi Jerman di Xian 13 tahun lalu, dan meningkat ketika China mengatasi AS untuk menjadi pasaran auto terbesar di dunia pada 2009.

Sunfonda kini memiliki 28 cawangan di tujuh wilayah, mengumpulkan jenama-jenama seperti Porsche, Mercedes dan Maserati dan menggaji lebih 2,000 pekerja.

Namun pertumbuhan tersekat dan tindakan keras ke atas rasuah itu dilancarkan oleh Presiden China, Xi Jinping lebih dua tahun lalu telah melanda syarikat itu.

Pasaran saham China telah menurun sejak Jun, memusnahkan keuntungan kekayaan dan menjatuhkan sentimen, yang penting bagi penjualan auto bertaraf tinggi ketika masa depan yang tidak pasti menyebabkan orang ramai sepertinya kurang berbelanja.

“Ia adalah satu realiti yang China kini melihat pertumbuhan ekonomi perlahan dan kelembapan dalam segmen kereta mewah,” kata Sunfonda dalam satu surat kepada kumpulan industri pengedar yang dilihat oleh AFP.

ARTIKEL YANG SAMA