Pertumbuhan China paling rendah dalam 25 tahun

Pertumbuhan China paling rendah dalam 25 tahun

BEIJING, 17 Jan – China mencatat pertumbuhan paling rendahnya dalam satu perempat abad pada 2015, ramal satu tinjauan AFP, meramalkan kemelesetan selanjutnya dalam ekonomi kedua terbesar dunia pada tahun ini.

Statistik keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk tahun 2015 akan diumumkan pada Selasa, dan ramalan sederhana dalam tinjauan ke atas 18 ahli ekonomi memberikan perkembangan pada 6.9 peratus – merosot daripada 7.3 peratus setahun lalu.

Negara Asia itu merupakan penjana utama ekonomi dunia, menjejas perniagaan dan pekerjaan di seluruh dunia, dan kebimbangan mengenai keadaannya telah menjejas pasaran global dalam minggu-minggu dan bulan-bulan ini.

Angka tersebut akan menjadi pertumbuhan paling lemah di Republik Rakyat sejak 3.8 peratus pada 1990, setahun selepas tindakan keras Dataran Tiananmen mengejutkan negara dan menyisihnya dari dunia.

Pertumbuhan akan menjadi lembap seterusnya pada tahun ini, ramal tinjauan, dengan ramalan sederhana untuk tahun 2016 mencecah 6.7 peratus. Sebuah bank, Nomura, meramalkan kemerosotan kepada 5.8 peratus.

“Ekonomi sebenar akan meneruskan kemelesetan disebabkan pengurangan stok, pengurangan kapasiti berlebihan dan pengaruh,” beritahu ahli ekonominya Zhao Yang kepada AFP, memetik kemerosotan pelaburan dalam harta, sektor utama.

“Saya tidak fikir pertumbuhan ekonomi akan mencecah tahap paling rendah pada 2016,” tambah beliau. “Ia akan menerima tekanan menurun untuk tempoh dua tahun hingga tiga tahun akan datang.”

Pihak berkuasa China bergelut untuk mengawal pasaran saham pada tahun lalu, melemahkan keyakinan pelabur dalam keupayaan penggubal dasar untuk melaksana pembaharuan dan mengendali peralihan ke ekonomi yang lebih berorientasikan pasaran.

Dalam tinjauan AFP, ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan suku keempat 2015 sebanyak 6.8 peratus, merosot daripada 6.9 peratus dalam tiga bulan sebelumnya – apabila pertumbuhan AS mencecah pada 2.0 peratus. – AFP