Pertumbuhan China perlahan, namun selamat, mapan – IMF

Pertumbuhan China perlahan, namun selamat, mapan – IMF

WASHINGTON, 16 Ogos (Agensi) – China sedang beralih kepada pertumbuhan yang lebih perlahan namun lebih selamat dan mapan, dengan kadar pertumbuhan diramalkan menjadi perlahan kepada 6.8 peratus pada tahun ini di sebalik pelaburan yang lebih lembap, terutamanya dalam harta tanah, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Pasaran pekerja masih kukuh meskipun pertumbuhan yang lebih lembap, tatkala ekonomi beralih kepada sektor perkhidmatan giat-pekerja. Ia sebaliknya telah menyokong penggunaan keluarga,” kata institusi yang berpangkalan di Washington dalam Laporan Tahunan Kakitangan Rundingan Artikel IV untuk China, lapor agensi berita Xinhua.

IMF berkata penghargaan terhadap mata wang China, renminbi, dalam kadar efektif, telah membawa kadar tukaran ke tahap yang “tidak dinilai lebih rendah lagi.”

IMF menganggap tindakan terbaru China untuk mempertingkat sistem penggubalan kadar tukaran sebagai “satu langkah yang dialu-alukan” untuk membenarkan kuasa pasaran memegang peranan yang lebih besar dalam menentukan kadar tukaran.

Ia mengulang China boleh, dan harus, mensasarkan rejim kadar tukaran terapung dalam tempoh dua atau tiga tahun.

IMF mengalu-alukan perkembangan China dalam mengurangkan ketidakpastian, termasuk dengan memperlahankan pertumbuhan kredit, menyederhanakan pelaburan, dan meluluskan satu undang-undang belanjawan baru bertujuan melindungi kemapanan fiskal.

“Cabaran yang dihadapi sekarang adalah mengambil langkah seterusnya untuk mengamalkan ekonomi lebih terbuka dan berorientasikan pasaran,” kara Markus Rodlauer, ketua misi IMF untuk China.

IMF menggesa China supaya melaksana pembaharuan struktural yang “lantang”, seperti berpindah kepada sistem kewangan yang berorientasikan pasaran, mempertingkat pengendalian kewangan kerajaan, dan menyamakan pelaburan di antara perusahaan milik kerajaan dan sektor swasta.

ARTIKEL YANG SAMA