Pertumbuhan ekonomi 7-7.5 peratus tidak cukup

Pertumbuhan ekonomi 7-7.5 peratus tidak cukup

NEW DELHI, 21 Jan – Pertumbuhan ekonomi antara 7.0 dan 7.5 peratus tidak mencukupi, dan India mesti meningkatkannya dalam persekitaran yang kini memihak kepada pertumbuhan, kata Menteri Kewangan Arun Jaitley.

“India belum cukup pantas. Kita tumbuh 7.0-7.5 peratus. Dalam persekitaran yang lebih memihak kini, meraih tambahan 1.0-1.5 peratus tidak sukar,” katanya dalam temu bual dengan saluran berita NDTV di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Rasionalisasi subsidi, antara pembaharuan terbesar India, telah membantu kerajaan merancang semula perbelanjaannya, katanya dan menambah penurunan subsidi minyak turut menyediakan lebih banyak fleksibiliti.

“Silap untuk mengatakan kerajaan meraih untung berdasarkan kedudukan harga minyak sekarang. Kami serba sedikit berjaya menyusun semula perbelanjaan kerajaan,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA