Pertumbuhan ekonomi China paling lemah

Pertumbuhan ekonomi China paling lemah

SHANGHAI, 19 Jan – Ekonomi China bertumbuh pada suku keempat 2015 pada kadar paling lemahnya dalam hampir tujuh tahun, menambah peluang lebih banyak dasar perangsang tatkala Beijing cuba melindungi kemelesetan, yang mendorong saham berpulih.

Timbulnya kelegaan bahawa pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus berbanding setahun sebelumnya sekurang-kurangnya sepadan dengan ramalan, walaupun jika kadar merosot berbanding suku sebelumnya, dan jangkaan meningkat di mana lebih banyak langkah pelonggaran mata wang akan dilaksanakan, kemungkinan sebelum cuti Tahun Baru Cina pada awal Februari.

Pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus untuk 2015 pada keseluruhannya adalah yang paling perlahan dalam satu perempat abad, sementara bacaan bulanan mengenai pengeluaran industri dan jualan retail adalah lebih lemah daripada dijangkakan.

Pengeluaran meningkat 5.9 peratus berbanding dengan Disember 2014, sementara pertumbuhan jualan membingungkan penganalisis dengan berkurangan kepada 11.1 peratus.

Para pelabur dilihat di hadapan papan elektronik menunjukkan maklumat saham di sebuah rumah bro-ker di Beijing. - AFP
Para pelabur dilihat di hadapan papan elektronik menunjukkan maklumat saham di sebuah rumah bro-ker di Beijing. – AFP

Pertumbuhan jualan mengecewakan mereka yang bergantung pada pengguna untuk menjadi enjin pertumbuhan sementara perniagaan dunia masih tenang.

“China mengalami bebanan hutang, kemelesetan ekonomi disebabkan deflasi, dan proses tersebut adalah amat sukar untuk dasar mata wang tradisional dan fiskal menukar trend haluan pertumbuhan , iaitu kemelesetan berterusan pada tahun-tahun akan datang,” kata Liu Li Gang, ahli ekonomi di ANZ di Hong Kong.

Angus Nicholson, penganalisis pasaran di IG di Melbourne, berkata dalam satu nota bahawa pemotongan seterusnya dalam kadar faedah dan rizab yang telah diperuntukkan oleh bank telahpun mencari ‘kesimpulan yang telah terlepas’ sebelum pengeluaran data, dan sekarang timbulnya persoalan mengenai masa.

Sentimen meningkat mendadak dalam pasaran saham China dalam sesi petang. Indeks Komposit Shanghai naik 2.7 peratus, sementara indeks CSI300 syarikat disenarai terbesar di Shanghai dan Shenzhen meningkat 2.5 peratus. Indeks masih berkurangan 14-15 peratus pada 2016 selepas beberapa siri penjualan pada tahun baru. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA