Pertumbuhan ekonomi Filipina perlahan

Pertumbuhan ekonomi Filipina perlahan

MANILA, 28 Mei (AFP) – Pertumbuhan ekonomi Filipina pada suku pertama menjadi perlahan kepada tahap rendah tiga tahun sebanyak 5.2 peratus, jauh di bawah ramalan, disebabkan perbelanjaan kerajaan yang lembap dan eksport lemah, kata pegawai hari ini.

Perkembangan dalam tempoh Januari-Mac untuk apa yang telah menjadi salah satu ekonomi terbaik Asia adalah yang paling teruk sejak pertumbuhan 3.8 peratus pada suku terakhir 2011, menurut data kerajaan.

Ia juga lebih rendah daripada ramalan sederhana tinjauan Bloomberg sebanyak 6.6 peratus dan lebih baik daripada ramalan Manila sebanyak tujuh hingga lapan peratus.

“Sementara pertumbuhan dalam sektor swasta tetap memberangsangkan, kadar perbelanjaan awam yang lebih perlahan daripada diprogramkan, terutamanya kemerosotan dalam pembinaan awam, telah memperlahankan pertumbuhan keseluruhan ekonomi,” beritahu Setiausaha Perancang Ekonomi Arsenio Balisacan kepada wartawan.

“Eksport menjadi sumber lain kemelesetan,” kata beliau, menyalahkan pertumbuhan merosot di China dan beberapa ekonomi membangun ke atas permintaan lemah. Kerajaan juga mengubah pertumbuhan pada suku keempat tahun lalu kepada 6.6 peratus, daripada 6.9 peratus.

Saham merosot sejurus selepas pengumuman. Indeks Bursa Saham Filipina merosot 1.27 peratus pada 7,502.19 dalam perniagaan pagi.

Perbelanjaan kerajaan sebanyak 504 bilion peso pada suku pertama adalah 13 peratus di bawah sasaran meskipun bertumbuh sebanyak empat peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014, menurut data daripada jabatan kewangan.

Pertumbuhan eksport pada Mac meleset kepada 2.1 peratus daripada 12.1 peratus dalam tempoh yang sama pada 2014, menurut pejabat statistik negara.

Balisacan berkata Filipina mungkin memenuhi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan peratus sasarannya tatkala perbelanjaan kerajaan mulai berpulih pada Mac, dengan inflasi dan kadar faedah tetap rendah.

ARTIKEL YANG SAMA