Pertumbuhan ekonomi India dikaji semula

Pertumbuhan ekonomi India dikaji semula

NEW DELHI, 31 Ogos – Ekonomi India hanya mampu mengekalkan pertumbuhannya yang luar biasa jika birokrasi berhenti menjadi “pakar dalam mendirikan sekatan,” kata Setiausaha Negara AS John Kerry hari ini.

Bercakap mengenai satu lawatan ke New Delhi, Kerry berkata pita merah dan kekurangan ketelusan terus menghalang usahawan dan pelabur asing walaupun India kini merupakan ekonomi yang berkembang paling pesat di dunia.

“Walaupun kami sedang menyaksikan pemerolehan mengagumkan dalam pertumbuhan ekonomi India, masih timbulnya soalan sebenar mengenai sama ada kami sedang melakukannya dengan cukup cepat,” kata Kerry.

Untuk India mewujudkan pekerjaan untuk 13 juta penduduk yang memasuki pasaran pekerja setiap tahun, Kerry berkata dalam satu ucapan di sebuah kolej kejuruteraan bahawa persekitaran perniagaan mesti dipertingkatkan.

Kerry ketika bercakap pada perhimpunan di Institut Teknologi India di New Delhi semalam. – AFP
Kerry ketika bercakap pada perhimpunan di Institut Teknologi India di New Delhi semalam. – AFP

“Untuk memenuhi matlamat berkenaan, usahawan memerlukan kebebasan untuk memburu idea baru, keupayaan untuk menubuhkan perniagaan baru tanpa banyak pita merah, dan kemudahan menggunakan infrastruktur yang menjadikannya lebih mudah untuk mengubah konsep baru kepada syarikat yang berjaya,” kata beliau.

“Anda perlu berupaya beroperasi di bawah keadaan yang menarik modal pelaburan, sama ada luar negara atau domestik. Anda perlu mempunyai pasaran yang ditakrifkan oleh keadilan, ketelusan dan penyertaan yang adil.

“Anda perlu mempunyai peraturan yang munasabah.” – AFP