Pertumbuhan ekonomi Jerman stabil

Pertumbuhan ekonomi Jerman stabil

FRANKFURT, 24 Ogos – Perdagangan asing yang kukuh dan penggunaan memberangsangkan menjana ekonomi Jerman, yang terbesar di Eropah, untuk mencatat pertumbuhan yang lebih baik daripada dijangka pada suku kedua, kata pejabat statistic persekutuan Destatis semalam.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) bertumbuh sebanyak 0.4 peratus di antara April dan Jun, diselaras untuk kesan bermusim, calendar dan harga – dua kali lebih cepat daripada yang diramalkan oleh tinjauan penganalisis Factset.

Bagaimanapun, angka terakhir, yang mengesahkan bacaan awal Destatis pada Ogos, menunjukkan satu kemelesetan daripada perkembangan kukuh sebanyak 0.7 peratus pada suku pertama.

“Berbanding dengan suku sebelumnya, dorongan positif datang daripada perdagangan asing,” kata Destatis dalam satu kenyataan.

Menurut anggaran awal, eksport barangan dan perkhidmatan meningkat sebanyak 1.2 peratus di antara April dan Jun, sementara import merosot sebanyak 0.1 peratus.

Pada keseluruhannya, data menunjukkan “isyarat bercampur” dalam ekonomi Jerman.

Keluaga menambah perbelanjaan sebanyak 0.2 peratus dan negeri sebanyak 0.6 peratus berbanding dengan suku sebelumnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA