Pertumbuhan ekonomi Korea S meningkat

Pertumbuhan ekonomi Korea S meningkat

SEOUL, Korea Selatan, 26 Julai – Pertumbuhan ekonomi Korea Selatan meningkat dalam suku kedua tahun ini, dibantu oleh perbelanjaan persendirian dan pembinaan rumah yang kukuh.

Bank of Korea berkata hari ini bahawa ekonomi keempat terbesar di Asia itu berkembang pada pertumbuhan tahunan sekitar 3.2 peratus semasa tempoh April-June, lonjakan terpantas dalam masa suku ketujuh.

Pada suku tahunan asas, ekonomi Korea Selatan tumbuh 0.7 peratus, pertumbuhan di bawah satu peratus bagi suku ketiga berturut-turut.

Jualan pakaian dan barangan tahan lama membantu memacu penggunaan persendirian. Perbelanjaan pembinaan dirangsang disebabkan pertambahan dalam rumah-rumah baru.

Namun peningkatan itu mungkin ‘sebaik yang ia dapat’ buat masa ini, kata ahli ekonomis Asia bagi Capital Economics, Krystal Tan. – AP