Pertumbuhan ekonomi Nanning menggalakkan

Pertumbuhan ekonomi Nanning menggalakkan

NANNING, China, 7 Sept – Nanning, sebagai bandar raya terbesar di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China, telah menyaksikan satu purata kadar pertumbuhan tahunan bagi penunjuk ekonomi utama yang lebih tinggi daripada tahap purata kebangsaan sejak lima tahun yang lalu.

Wang Xiaodong, ahli jawatankuasa tetap bagi Jawatankuasa Parti CPC Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Nanning, berkata baru-baru ini bahawa Nanning akan memajukan “Enam Peningkatan Utama” bagi transformasi dan menaik taraf industri, menaik taraf “Saluran Nanning”, menaik taraf Bandar Raya Hijau, meningkatkan pembaharuan, meningkatkan peraturan undang-undang di Nanning dan menaik taraf kesejahteraan rakyat untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi dunia.

Dalam usaha untuk memudahkan menaik taraf projek-projek ini, Nanning akan berusaha untuk menggalakkan pengoptimuman perindustrian, memupuk industri yang berinovatif dan memperuntukkan kelebihan dan sumber bagi membangunkan ketiga-tiga industri utama bagi maklumat elektronik, pembuatan peralatan canggih dan bioperubatan.

Gambar fail bertarikh 26 Ogos 2016 menunjukkan suasana malam di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. - Xinhua
Gambar fail bertarikh 26 Ogos 2016 menunjukkan suasana malam di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. – Xinhua

Nanning juga akan meningkatkan platform pembukaan ke negara-negara ASEAN, membina hab saling bersambung bagi memudahkan Inisiatif Belt & Road dan versi yang dinaik taraf bagi Ekspo China-ASEAN, dan lebih banyak negara dan wilayah untuk menubuhkan institusi konsular di Nanning dan bagi mengukuhkan kerjasama dan pertukaran.

Ia juga penting untuk membina sebuah hab pengangkutan antarabangsa serantau dan mencapai pas transit 72 jam tanpa visa di Lapangan Terbang Wuxu serta memperbaiki persekitaran ekologi dan menggalakkan pembinaan kawasan bandar raya baharu.

Pembuat keputusan Nanning merancang untuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK serantau bagi 2010 menjelang tahun 2018, untuk menggandakan purata pendapatan penduduk bandar dan luar bandar bagi tahun 2010 pada tahun 2020, serta mencapai sasaran membina sebuah masyarakat yang sederhana kaya dalam semua cara. – Bernama