Pertumbuhan ekonomi New Zealand kukuh

Pertumbuhan ekonomi New Zealand kukuh

WELLINGTON, 16 Jun (AFP) – Pertumbuhan ekonomi New Zealand tetap ‘kukuh’ dalam suku Januari-Mac apabila pembinaan yang kukuh menghapuskira kemelesetan dalam sektor tenusu dan perlombongan, data rasmi menunjukkan.

Statistik New Zealand berkata ekonomi berkembang 0.7 peratus dalam suku pertama 2016, meningkat sedikit daripada jangkaan sebanyak 0.5 peratus.

Keputusan itu membawa pertumbuhan untuk tahun sehingga 31 Mac kepada 2.4 peratus, naik daripada 2.3 peratus dalam suku sebelumnya. Menteri Kewangan Bill English berkata ia menunjukkan ekonomi tidak bergantung pada tenusu, yang sedang mengalami kemelesetan jangka panjang dalam harga disebabkan kemelesetan dalam bekalan global.

“Meskipun sektor tenusu terus menerima tekanan, sektor lain mencatat prestasi baik dan menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada keseluruhannya,” kata beliau.

Data suku itu menunjukkan pembinaan meningkat 4.9 peratus dalam tempoh tiga bulan, dengan pertanian tidak berubah pada 0.5 peratus dan perlombongan merosot 3.3 peratus.

Data itu dilihat sebagai mengurangkan peluang pemotongan kadar faedah jangka sederhana, menyebabkan dolar New Zealand meningkat 0.41 sen kepada 70.79 sen selepas ia dikeluarkan.

“Melihat ke depan, Bank Simpanan New Zealand menjangka pertumbuhan KDNK meningkat daripada 2.5 peratus pada tahun lalu kepada kira-kira 3.0 peratus pada tahun ini,” kata ketua Capital Economics Australia dan ahli ekonomi New Zealand Paul Dales.

“Namun kami fikir pertumbuhan akan kekal pada 2.5 peratus apabila kemelesetan daripada sektor tenusu merebak kepada ekonomi yang lebih luas. Ia menjelaskan sebahagiannya kenapa kami mengesyaki RBNZ akan mengurangkan kadar kepada 1.75 peratus.”

Bank pusat menangguhkan kadar utamanya kepada 2.25 peratus pada minggu lalu, setelah mengurangkannya sebanyak lima kali pada tahun sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA