Pertumbuhan industri luar pesisir dijangka berkembang

Pertumbuhan industri luar pesisir dijangka berkembang

SINGAPURA, 25 Nov (Bernama) – Permintaan untuk perlindungan aset, perancangan harta dan dana oleh individu kaya di Asia akan memacu pertumbuhan dalam industri luar pesisir, menurut kajian penyelidikan pasaran tahunan OIL keenam ‘Offshore 2020’.

OIL merupakan peneraju dalam perkhidmatan pemerbadanan antarabangsa dan korporat. Ia memberi tumpuan kepada sektor yang disediakan untuk sektor perantara perantara kewangan dan profesional di Asia.

Kajian tersebut membabitkan temuramah dengan 320 pakar industri, termasuk ketua pegawai eksekutif, peguam dan pengurus dana untuk memberi maklumat mengenai perkembangan industri dan trend yang akan memberi kesan kepada masa depan industri.

Pengarah Urusan OIL Group, Jonathon Clifton, berkata pemacu bagi permintaan pendorong tidak bercukai seperti perancangan kekayaan dan perlindungan aset, akan mencatatkan kenaikan disebabkan oleh pertambahan kekayaan di negara negara Asia dan meningkatnya kefahaman mengenai penyelesaian pengurusan kekayaan.

“Bidang kuasa luar pesisir menawarkan pelabur dengan undang-undang yang moden, penyediaan tempat neutral yang boleh dipercayai oleh semua pihak yang terlibat dalam urus niaga dan persekitaran cukai neutral yang memastikan keuntungan tidak dikenakan cukai sehingga tiga kali,” kata Clifton.

Katanya, bidang kuasa pesisir pantai lama berkhidmat sebagai tempat neutral bagi syarikat-syarikat yang mahu membuat pelaburan merentas sempadan dengan sistem undang-undang yang difahami dan mantap serta infrastruktur profesional yang menyediakan jaminan kepada pelabur.