Pertumbuhan pekerjaan di S’pura rendah

Pertumbuhan pekerjaan di S’pura rendah

SINGAPURA, 15 Sept – Pertumbuhan pekerjaan di Singapura masih rendah dalam separuh tahun pertama 2016, sementara kadar pengangguran dan pekerja lebihan telah meningkat, kata Kementerian Tenaga Manusia negara hari ini.

Kementerian berkata ia mencerminkan persekitaran ekonomi luar yang suram, penyusunan ekonomi yang berterusan, dan kelembapan pertumbuhan tenaga pekerja tempatan dalam Kenyataan mengenai Pembangunan Pasaran Pekerja hari ini.

Jumlah pekerjaan, tidak termasuk Pekerja Domestik Asing (FDW), bertumbuh sebanyak 11,600 dalam separuh tahun pertama 2016, menterbalik kemerosotan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, tetapi lebih rendah daripada pertumbuhan dalam tempoh yang sama pada 2013 dan 2014, kata kenyataan.

Kementerian berkata pekerjaan tempatan masih tidak berubah dalam separuh tahun pertama 2016. Pengangguran untuk penduduk meningkat pada Jun selepas merosot pada Mac.

Kadar pengangguran untuk penduduk meningkat daripada 2.7 peratus pada Mac kepada 3.0 peratus pada Jun. Kadar pengangguran jangka panjang telah meningkat daripada 0.7 peratus pada Jun 2015 kepada 0.8 peratus pada Jun 2016.

Gambar fail 5 September 2016 menunjukkan para pelancong melawat Merlion Park di Singapura. – Xinhua
Gambar fail 5 September 2016 menunjukkan para pelancong melawat Merlion Park di Singapura. – Xinhua

Pertumbuhan pekerjaan tempatan yang lebih lembap sejak 2015 mencerminkan faktor structural dan kesan kitaran disebabkan keadaan ekonomi global yang suram, tambah kementerian. Untuk separuh tahun pertama 2016, kemerosotan terus dicatat dalam sektor seperti pengeluaran, perniagaan runcit dan harta tanah. Sementara pekerjaan tempatan terus bertumbuh dalam komuniti, perkhidmatan social dan peribadi serta pengangkutan dan simpanan.

Pertumbuhan pekerjaan asing diteruskan pada kadar sederhana 11,800 (tidak termasuk FDW) dalam separuh tahun pertama 2016, berbanding dengan dekad awal, kata kementerian. Pertumbuhan Pas S dan Pemegang Pas Pekerjaan kekal pada kadar sederhana pada 800 dan 1,700 masing-masing.

Kekosongan kerja merosot untuk suku keenam berturut-turut daripada 50,000 pada Mac kepada 49,400 pada Jun di tengah keadaan ekonomi global yang meleset, kata kenyataan. Kemerosotan adalah meluas di kebanyakan sektor dan kumpulan pekerjaan. – Xinhua