Pertumbuhan p...

Pertumbuhan penjualan kereta Asia berdepan cabaran

SHANGHAI, 20 April – Potensi Asia Tenggara nampak menarik tatkala pengeluar kereta global melihat di luar pasaran besar China untuk melanjutkan jualan melambung mereka di rantau, namun eksekutif berkata mereka menghadapi pergelutan untuk menandingi pertumbuhan China.

Jualan kereta penumpang China telah bertambah empat kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu kepada 24.38 juta pada tahun lalu, setelah menjadi pasaran terbesar dunia pada 2009. Namun dengan pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan, satu soalan yang ditanya pada Pameran Kereta Shanghai adalah: tempat di mana di Asia yang boleh dicari oleh pengeluar kereta dalam tempoh melambung akan datang?

“Timbulnya cabaran untuk mencatat pertumbuhan di mana terdapatnya pertumbuhan. Anda melihat pada negara yang kurang dilengkapi dan sedang dalam proses untuk memperoleh pertumbuhan,” kata Marc Boilard, penganalisis industri di firma Oliver Wyman. Potensi Asia Tenggara masih besar, dengan lebih daripada 600 juta orang, pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan 2.1 juta kenderaan penumpang dijual pada tahun lalu di 10 negara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Namun pengeluar kereta berkata isu seperti cukai import, penguasaan serantau oleh pengeluar Jepun dan infrastruktur yang ketinggalan menghambat pertumbuhan. ASEAN adalah “satu pasaran yang tertutup, di mana cukai import adalah amat tinggi,” menjadikannya perlu untuk melabur dalam pengeluaran tempatan, kata Carlos Tavares, pengerusi PSA di Perancis, yang mengeluarkan Peugeot dan Citroen. Indonesia mempunyai 250 juta penduduk, namun pengeluar kereta AS Ford menarik diri pada tahun lalu ketika menghadapi lebih daripada 90 peratus bahagian pasaran firma Jepun, kata David Schoch, CEO Ford China. – AFP

Para pekerja ketika melakukan pemasangan kereta di sebuah bengkel kereta di Shenyang, wilayah Liaoning. Jualan kereta penumpang China telah bertambah empat kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu kepada 24.38 juta pada tahun lalu, setelah menjadi pasaran terbesar dunia pada 2009. – AFP
Para pekerja ketika melakukan pemasangan kereta di sebuah bengkel kereta di Shenyang, wilayah Liaoning. Jualan kereta penumpang China telah bertambah empat kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu kepada 24.38 juta pada tahun lalu, setelah menjadi pasaran terbesar dunia pada 2009. – AFP