Pertumbuhan pesat loT peluang baru serangan siber

Pertumbuhan pesat loT peluang baru serangan siber

SAN FRANCISCO, 2 Ogos (AFP) – Para penggodam bukan sahaja memburu komputer anda, peranti yang disambungkan dari kereta, kepada sistem keselamatan rumah sehinggalah raifal kini menjadi sasaran bagi pelaku-pelaku yang ingin mencuri atau membuat kacau.

Pertumbuhan pesat “Internet of Things” (IoT) (Internet untuk Segala-galanya) telah membuka peluang baru bagi serangan siber dan pasaran baru bagi pembela-pembela siber.

Ini adalah antara topik hangat di persidangan keselamatan komputer Black Hat yang bermula di Las Angeles hari ini dan perhimpunan penggodam Def Con yang kemudian menyusul.

Sepintas lalu awal telah memperlihatkan penyampaian yang dijadualkan tentang bagaimana merampas kawalan ke atas beberapa kenderaan Chrysler Fiat atau dengan tepat mensasarkan semula raifal bidikan automatik.

“IoT pasti salah satu sempadan baru besar,” kata Christopher Kruegel, pengasas bersama firma keselamatan siber Lastline dan yang juga profesor sains komputer di universiti negeri di Selatan California.

Menurut laporan terbaru majalah Wired, dengan komputer riba di rumah, penggodam dapat memasuki elektronik Jeep melalui sistem hiburan online kenderaan lalu mengubah kelajuan, kemampuan breknya dan memanipulasi radio serta pengelap cermin depan.
Menurut laporan terbaru majalah Wired, dengan komputer riba di rumah, penggodam dapat memasuki elektronik Jeep melalui sistem hiburan online kenderaan lalu mengubah kelajuan, kemampuan breknya dan memanipulasi radio serta pengelap cermin depan.

Fiat Chrysler Automobiles telah mengeluarkan penarikan balik keselamatan bagi 1.4 juta kereta dan lori AS pada Julai selepas para penggodam memperlihatkan bahawa mereka boleh mengambil kawalan tiga sistem ketika ia dalam operasi.

Penarikan balik itu dibuat selepas pakar-pakar keselamatan siber Charlie Miller dan Chris Valasek dari firma IOActive Labs dari jauh merampas kawalan sebuah Jeep Cherokee, buatan Chrysler untuk memperlihatkan mudahnya sistem elektronik kenderaan terdedah pada penggodaman.

Seperti yang dilaporkan dalam majalah Wired dan di tempat lain, dengan menggunakan komputer riba di rumah, dua lelaki dapat memasuki elektronik

Jeep melalui sistem hiburan online kenderaan itu, mengubah kelajuannya dan kemampuan breknya dan memanipulasi radio dan pengelap cermin depannya.