Pertumbuhan sector perkhidmatan China perlahan

Pertumbuhan sector perkhidmatan China perlahan

BEIJING, 5 Mei (Bernama) – Sektor perkhidmatan China mencatatkan kenaikan sederhana pada April, dengan kadar pengembangan sedikit berkurangan dari Mac, demikian menurut Agensi Berita Xinhua.

Menurutnya, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan Am China Caixin, yang diterbitkan oleh penyedia perkhidmatan maklumat kewangan Markit dan ditaja oleh Caixin Media, mencatatkan 51.8 pada April, susut daripada 52.2 pada Mac.

Bacaan melebihi 50 menunjukkan pengembangan, manakala bacaan di bawah 50 adalah merosot. Berbeza dengan aliran aktiviti perniagaan, data April menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam perniagaan baharu.

Kenaikan terkini pesanan baharu merupakan kadar terpantas dalam tempoh tiga bulan.

Menurut Xinhua, pertumbuhan aktiviti perniagaan yang agak perlahan menjadikan firma kekal berhati-hati terhadap unjuran perniagaan, dengan tahap sentimen positif tidak berubah dari rekod paling rendah dalam tempoh tiga bulan pada Mac.

PMI Perkhidmatan Am China Caixin adalah berdasarkan data yang dikumpulkan daripada maklum balas bulanan kepada soal selidik yang diberikan kepada eksekutif pembelian di lebih 400 buah syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA