Pertunjukan bunga api Daerah Tutong meriah

Pertunjukan bunga api Daerah Tutong meriah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Julai – Bagi memeriahkan lagi suasana malam di Daerah Tutong bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70, pertunjukan bunga api telah diadakan hari ini.

Orang ramai dan penduduk di Daerah Tutong tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan bunga api secara dekat di kawasan Tatangan Sungai Tutong, Pekan Tutong.

Pertunjukan bunga api adalah salah satu acara keraian sempena perayaan di Daerah Tutong yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Persembahan Bunga Api Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 bagi Daerah Tutong.

Semasa persembahan bunga api dijalankan.
Semasa persembahan bunga api dijalankan.
Orang ramai berkumpul di kawasan Tatangan Sungai Tutong, Pekan Tutong bagi menyaksikan bunga api.
Orang ramai berkumpul di kawasan Tatangan Sungai Tutong, Pekan Tutong bagi menyaksikan bunga api.

ARTIKEL YANG SAMA