Pertunjukan sains OGDC 13 April ini

Pertunjukan sains OGDC 13 April ini

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh OGDC

BELAIT, 22 Mac – Bersempena Pertandingan Pertunjukan Sains 2016, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) akan mengadakan pertunjukan sains yang digelar ‘Science Show-Off’ pada 13 dan 15 April bertempat di OGDC, di sini.

Pertunjukan itu akan disampaikan oleh Dr. Graham Walker, seorang pakar sains dari Universiti Kebangsaan Australia yang menggabungkan kesemua persembahan terbaik dan menarik, menyeronokkan serta memberi pendidikan.

Tiket individu untuk melihat persembahan tersebut boleh diperolehi dengan harga berpatutan, manakala tiket lain seperti tiket kumpulan dan tiket keluarga juga ditawarkan. Mereka yang berminat boleh membeli tiket di pusat itu sendiri.

Sementara itu, penyertaan pertandingan pertunjukan sains masih lagi dibukakan sehingga 26 Mac ini yang mana kini dibukakan untuk penyertaan guru-guru dan para pelajar.

Dr. Graham Walker ketika membuat persembahannya di OGDC pada 2014.
Dr. Graham Walker ketika membuat persembahannya di OGDC pada 2014.

Pemenang pertandingan itu nanti berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai dan pusingan awal pertandingan akan diadakan pada 5 dan 6 April 2016.

Daripada pusingan awal, 20 pasukan teratas akan dipilih untuk bertanding di peringkat separuh akhir dan pasukan-pasukan ini akan dijemput secara percuma untuk menghadiri bengkel pertunjukan sains yang akan dijalankan oleh Dr. Graham Walker pada 11 dan 12 April di OGDC.

Untuk sebarang bantuan dalam menghasilkan persembahan atau prestasi sains yang elok, sekolah yang berminat boleh menghubungi OGDC melalui e-mel info@ogdcbrunei.com atau hubungi talian 3377200.

ARTIKEL YANG SAMA