Pertunjukan seni Bob Dylan di London pamer versi Amerika

Pertunjukan seni Bob Dylan di London pamer versi Amerika

LONDON – Bob Dylan, seorang legenda hebat dalam industri muzik dan juga pemenang anugerah Nobel Laureate turut dikenali sebagai salah seorang penggiat seni lukisan yang mahir dalam seni lakaran landskap dan terkenal dalam memaparkan satu kebudayaan di Amerika Syarikat dan kini, sebahagian hasil seni beliau dipamerkan dalam pameran besar-besaran di London.

Dianggarkan sekitar 200 buah lukisan yang dihasilkan sendiri oleh tokoh itu telah dipamerkan. Kini, Bob Dylan telah berusia 75 tahun dan kebanyakan hasil lukisan yang dihasilkannya dibuat pada dua tahun yang lepas. Pameran beliau diadakan disebuah galeri yang terletak di ibu kota British, London. Kebanyakan seni lukisan beliau berasaskan minyak, acrylic dan warna air.

Dylan telah mengumumkan pada minggu lepas bahawa beliau akan mengembara ke Stockholm untuk menerima beberapa hadiah yang berasaskan kepada beberapa pameran yang dijalankannya. “Ia adalah satu anugerah yang terbaik dan saya amat berbesar hati untuk mempengerusikan pameran ini dan dalam pada masa yang sama menerima anugerah ini untuk mempamerkan hasil ciptaan Bob Dylan yang terkenal,” kata Presiden Halcyon Galeri, Paul Green kepada wartawan AFP.

Dylan mula mengembara dalam arus perkembangan seni pada awal tahun 1960an. Beliau telah mereka bentuk permukaan ‘Cover’ album pada tahun 1968 yang bertajuk, ‘Music from Big Pink’ untuk sebuah kumpulan band yang berasal dari Kanada dan dikenali sebagai ‘The Band’. Baru-baru ini, hasil kerja-kerja beliau dalam seni telah dipamerkan di Milan dan juga New York, selain di London. “Dylan telah mula berkecimpung dan menyukai bidang seni lukisan sejak mula berpindah di New York dan minat itu semakin mendalam apabila, teman wanitanya, Suze Rotolo membawanya melawat beberapa buah muzium di New York,” tambah Green kepada wartawan AFP. Namun semenjak beliau tidak dapat berhenti untuk melukis, beliau sering mengembara dan melukis beberapa buah lukisan kampung halamannya yang mana sering dimasukkannya dalam lirik di kebanyakan lagu-lagunya.

pgm11_161111_a

Bob Dylan seorang legenda hebat dalam industri muzik dan juga pemenang anugerah Nobel Laureate turut dikenali sebagai salah seorang penggiat seni lukisan. – AFP
Bob Dylan seorang legenda hebat dalam industri muzik dan juga pemenang anugerah Nobel Laureate turut dikenali sebagai salah seorang penggiat seni lukisan. – AFP

Satu jalan keletihan

Pameran itu diberikan nama sebagai ‘The Beaten Path’, iaitu meninjau kembali perjalanan penyanyi dan pelukis itu mengembara keseluruh wilayah di Amerika Syarikat dan memperkembangkan bakatnya melalui muzik dan seni lukisan. “Kebanyakan tema-tema yang saya gunakan ialah pemandangan keindahan landskap Amerika Syarikat dan anda akan dapat melihatnya dengan jelas tema itu,” kata Dylan menerangkan pengenalan pameran itu melalui ulasan surat.

Secara spesifiknya, kebanyakan lukisan seolah-olah memaparkan satu perjalanan yang ingin keluar daripada sesuatu dan mengembara melalui sebuah liku-liku perjalanan dan memperlihatkan satu gaya yang tidak halangan dan rintangan. Di San Francisco, Dylan lebih suka memilih untuk melukis para peniaga ikan di Chinatown berbanding melukis bangunan-bangunan tinggi di bandar-bandar besar.

Salah sebuah lukisan memaparkan kesibukan jambatan Manhattan di bandar raya, New York dan kelihatan jambatan itu berdiri gah dan cukup teliti dilakar dan dilukis. – AFP
Salah sebuah lukisan memaparkan kesibukan jambatan Manhattan di bandar raya, New York dan kelihatan jambatan itu berdiri gah dan cukup teliti dilakar dan dilukis. – AFP
Dianggarkan sekitar 200 buah lukisan yang dihasilkan sendiri oleh tokoh itu telah dipamerkan. – AFP
Dianggarkan sekitar 200 buah lukisan yang dihasilkan sendiri oleh tokoh itu telah dipamerkan. – AFP

“Lereng kota di Chinatown, San Francisco berada di kedudukan hanya dua blok daripada kesibukan kota San Francisco malah bangunannya kelihatan tidak mempunyai jendela namun bangunan yang gah dan mempunyai bentuk infrastruktur yang hebat ini tidak membawa apa-apa makna untuk saya melihat dengan lebih dalam lagi akan kehebatan dunia jika direalisasikan dalam bentuk imaginasi atau pilihan yang ada untuk saya melihatnya,” Dylan cuba menjelaskan. Salah sebuah lukisan memaparkan kesibukan jambatan Manhattan di bandar raya, New York dan kelihatan jambatan itu berdiri gah dan cukup teliti dilakar dan dilukis.

Selain itu juga, terpapar sebuah lagi lukisan yang hebat yang bertajuk ‘Roy’s Motel’ yang mana lakaran lukisan ini diadaptasikan daripada sebuah Hotel yang terletak di jalan terkenal, 66 yang terletak di tengah-tengah wilayah California. Lukisan tersebut kelihatan menarik disebabkan Dylan telah menggunakan corak dan bentuk kartun. Bagi memperhebatkan lagi kecantikan lukisan tersebut, Dylan menambah kedai Donut dengan menggunakan gabungan warna kanvas yang berupaya menimbulkan lagi keunikan lakaran lukisan tersebut.

Salah satu karya beliau yang terkenal dan mendapat perhatian daripada orang ramai semasa pameran itu dijalankan ialah karya yang bertajuk ‘Endless Highway’. Lukisan ini seolah-olah berfungsi sebagai satu corak dan gabungan satu seni adaptasi kehidupan dan diukir dalam lakaran lukisan. Lukisan ini menggabungkan infrastruktur jalan raya, dua buah hotel dan juga dua bandar raya. “Ini adalah lukisan yang paling besar, Dylan pernah hasilkan dan ia merangkumi sentimental yang bernilai buat sipenciptanya malah lukisan ini memaparkan satu ilustrasi jalan raya yang tidak ada penghujungnya sebagaimana kehidupan Dylan yang penuh dengan putaran rollercoaster,” tambah Green mengakhiri temu ramah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA