Peru isytihar darurat merkuri

Peru isytihar darurat merkuri

LIMA, 24 Mei (AFP) – Peru mengisytiharkan darurat alam sekitar semalam di 11 daerah hutan Amazon di mana pencemaran merkuri dipersalahkan terhadap perlombongan emas tanpa kawalan, meracun manusia dan ikan.

Ujian di rantau tenggara Madre de Dios mendapati “pencemaran merkuri melebihi paras maksimum dibenarkan, menjejaskan air sungai, spesies air dan penduduk tempatan,” kata satu laporan mengumumkan keputusan dalam pekeliling rasmi kerajaan.

Pihak berkuasa alam sekitar mengesan paras tinggi merkuri dalam tubuh penduduk tempatan yang “boleh menyebabkan masalah kesihatan serius, kronik dan rumit, terutama di kalangan kanak-kanak dan wanita hamil.”

Kawasan hutan di La Pampa, wilayah Madre de Dios, Peru yang sudah ditebang dipenuhi air akibat aktiviti perlombongan haram dalam gambar fail 11 November 2004. Peru mengisytiharkan darurat alam sekitar di 11 daerah hutan Amazon kelmarin akibat pencemaran merkuri lombong emas tanpa kawalan. – AP

Keracunan merkuri boleh menjejaskan fungsi penting seperti saraf, sistem pencernaan, paru-paru dan buah pinggang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Laporan semalam menyalahkan pencemaran ke atas “amalan tidak wajar perlombongan haram dan tanpa seliaan ketika mengekstrak emas.”