Peru temui lima kubur mangsa Shining Path

Peru temui lima kubur mangsa Shining Path

LIMA, 20 Ogos – Pihak berkuasa Peru berkata semalam bahawa mereka menemui lima kubur di wilayah pergunungan pedalaman yang mungkin menempatkan jasad kira-kira 60 orang yang dibunuh dalam pertempuran berdarah Peru menentang kumpulan pemberontak Shining Path pada 1985.

Saksi-saksi berkata pasukan komando pllis dikenali sebagai Sinchis membunuh semua mangsa terbabit – wanita kanak-kanak dan warga tua di kediaman mereka, menurut pejabat Peguam Negara.

Pasukan forensik akan menggali semula jasad yang ditemui di Ayacucho, wilayah miskin Andean di selatan Peru yang menjadi pusat kebangkitan Shining Path menentang kerajaan pada awal tahun 1980an.

Suruhanjaya Kebenaran Peru menganggarkan kira-kira 69,000 orang maut atau hilang sepanjang konflik dua dekad tersebut, salah satu yang paling maut di Amerika Latin.

Suruhanjaya itu mempersalahkan Shining Path kerana kebanyakan pembunuhan dan pihak berkuasa negara bagi sepertiga third. – Reuters