Perubahan drastik perlu dilakukan

Perubahan drastik perlu dilakukan

WATFORD, United Kingdom, 19 Sept – Jose Mourinho berkata keputusan memalukan Manchester United di Watford menggariskan bagaimana banyak tugasan yang perlu dilakukan untuk menukar pasukannya menjadi pesaing gelaran.

Pasukan kendalian Mourinho itu tewas untuk kali ketiga berturut-turut semalam ketika Watfrod mencatatkan kemenangan mengejutkan 3-1 yang mengheret United dan pengurus mereka ke hari yang teruk.

Ia adalah kali pertama United tewas kepada Watford dalam tempoh 30 tahun dan perlawanan pertama Mourinho dikalahkan dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak 2002 apabila mengendalikan pasukan Porto.

Selepas kekalahan menentang Manchester City dalam Liga Perdana dan kemudian Feyenoord dalam Liga Europa, semua perbincangan mengenai kebangkitan semula United hilang dalam tempoh lapan hari.

Tetapi Mourinho menegaskan dia sedar kekurangan United ketika tiga kemenangan yang memulakan kendaliannya di Old Trafford.

Jose Mourinho yang begitu kecewa dengan kekalahan pasukannya baru-baru ini. – AP
Jose Mourinho yang begitu kecewa dengan kekalahan pasukannya baru-baru ini. – AP

Dia bimbang mengenai kerapuhan pemain-pemainnya untuk memberikan tindak balas kepada kesukaran dan sikap bertahan yang menghasilkan kesilapan-kesilapan apabila mereka tidak berganjak kepada arahannya.

“Kami memulakan musim ini dengan baik dengan persaingan Community Sheild dan tiga kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana, permulaan terbaik yang dimiliki pengurus baru itu di Manchester United,” kata Mourinho.

“Tetapi apakah saya merasakan pasukan yang bersedia, sempurna, tidak dapat dikalahkan? Tidak sama sekali. “Saya sedar kami tidak sempurna, dengan ramai pemain yang tidak menghasilkan permainan menarik dan boleh melakukan kesilapan mereka.

“Keraguan saya adalah bagaimana mereka menangani apabila masa teruk tiba. Sebahagian individu merasakan tekanan yang terlalu banyak.

“Saya tahu apa yang ada di tangan saya, peningkatan pasukan dan individu. Saya perlu cuba menghentikan kesilapan defensif.

“Saya tahu saya mempunyai tugasan. Ia adalah taktikal tetapi juga mental. Kami perlu meningkat bukan mempunyai keraguan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA