Perubahan iklim ancam bekalan makanan

Perubahan iklim ancam bekalan makanan

PARIS, 3 Mac (AFP) – Kesan dari perubahan iklim ke atas penghasilan makanan boleh mengakibatkan kematian tambahan 500,000 menjelang 2050 berbanding dengan tanpa kepanasan sejagat, menurut kajian yang dikeluarkan hari ini.

Jika pengeluaran gas rumah hijau terus pada kadar masa ini, ini akan mengurangkan ramalan pertambahan terdapatnya makanan, dengan sepertiga sebelum pertengahan dekad, kajian itu mendapati.

Pada 2015, kira-kira 800 juta orang di dunia kurang pemakanan, bermakna mereka tidak mampu memenuhi keperluan tenaga diet minimum harian, menurut Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian PBB.

Dengan penduduk sejagat dijangka bertambah dari tujuh kepada sembilan bilion menjelang 2050, penghasilan makanan akan perlu berkembang malah lebih pesat lagi jika semua penduduk dunia perlu mempunyai makanan yang mencukupi untuk dimakan.

Tetapi kepanasan sejagat – bakal memangkinkan suhu cuaca tiga darjah Celsius menjelang 2100, berbanding paras sebelum Era Perindustrian – mengancam akan menyukarkan keadaan itu atau menyukarkannya, para pakar memberi amaran.