Perubahan iklim jejas Terumbu Sawar Besar Australia

Perubahan iklim jejas Terumbu Sawar Besar Australia

SYDNEY, 21 Mac (AFP) – Kumpulan alam sekitar hari ini menggesa tindakan yang lebih ke atas perubahan iklim selepas kerajaan mengisytiharkan tahap amaran tertinggi berhubung epidemik pemutihan batu karang di pantai asli utara Terumbu Sawar Besar Australia.

Kerajaan Australia berkata hari ini batu karang telah bertukar kepada warna putih dan kelabu di sebahagian taman marin Warisan Dunia, dengan pemutihan adalah ‘teruk’ di kawasan utara. Kumpulan alam sekitar WWF berkata sebahagian besar batu karang berhampiran Pulau Lizard telahpun bertukar warna dan bergelut untuk hidup.

‘Terumbu boleh pulih tetapi kami mesti mempercepat peralihan kepada tenaga bersih dan boleh diperbaharui, dan kami mesti membina ketahanan terumbu dengan mengurangkan pencemaran daripada ladang dan pembersihan tanah,” kata jurucakap WWF Richard Leck.

Pemutihan berlaku apabila keadaan alam sekitar yang luar biasa, seperti suhu laut yang lebih panas, menyebabkan batu karang mengeluarkan alga fotosintetik kecil, menyebabkan warna mereka menjadi luntur. Batu karang boleh pulih jika suhu air berkurangan dan alga boleh menjajah semula.

“Gambar yang kami lihat daripada utara Terumbu Sawar Besar adalah teruk,” kata Shani tager daripada Greenpeace Australia Pasifik. “Queensland dan kerajaan persekutuan mesti melihatnya sebagai amaran dan bertindak dengan sewajarnya.”

ARTIKEL YANG SAMA