‘Perubahan iklim muslihat PBB’

‘Perubahan iklim muslihat PBB’

SYDNEY, 8 Mei (AFP) – Penasihat perniagaan Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada hari ini mendakwa perubahan iklim adalah satu muslihat yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mewujudkan dunia autoritarian baru di bawah kawalannya.

Maurice Newman, pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Perdana Menteri, berkata agenda sebenar adalah “kuasa politik tertumpu. Pemanasan global sudah tersangkut.”

Dalam satu ruangan untuk akhbar The Australian yang disiarkan serentak dengan lawatan oleh ketua iklim PBB Christiana Figueres, beliau menambah dunia telah ‘tertakluk kepada keborosan daripada ahli kaji malapetaka iklim hampir 50 tahun lamanya.”

“Ia adalah satu rahsia, namun 95 peratus daripada model iklim yang diberikan kepada kami membuktikan hubungan di antara pengeluaran karbon manusia dan pemanasan global telah pun didapati mempunyai kesilapan, selepas kejanggalan suhu selama hampir dua dekad,” kata beliau, tanpa memberikan bukti.

Newman, bekas pengerusi Australian Broadcasting Corporation, adalah pewaham perubahan iklim terkenal dan beliau menuduh PBB sebagai terlibat dalam komplot itu.