Perubahan jadual perlawanan Liga-S

Perubahan jadual perlawanan Liga-S

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) hari ini memaklumkan bahawa perlawanan untuk merebut tempat ketiga dan perlawanan akhir Piala RHB Singapura 2016 pada 29 Oktober ini akan menyebabkan beberapa perubahan pada jadual perlawanan dalam persaingan Liga Singapura (Liga-S).

Dengan perubahan jadual berkenaan, Pasukan Brunei DPMM FC menentang Pasukan Garena Young Lions di Bandar Seri Begawan diubah kepada 26 September, jam 8:15 malam dan menentang Pasukan Tampines Rovers FC di Stadium Jurong West pula pada 1 Oktober 2016.

Kunjungan DPMM FC ke Balestier Khalsa FC untuk perlawanan di Stadium Toa Payoh pula akan diubah kepada 26 Oktober 2016 dengan perlawanan bermula jam 7:30 malam.

ARTIKEL YANG SAMA