Perubahan persaingan Liga Juara-Juara

Perubahan persaingan Liga Juara-Juara

LONDON, 24 Mac (AFP) – Persaingan Liga Juara–Juara akan menghadapi perubahan dengan dua kumpulan masing–masing terdiri lapan pasukan dalam apa yang didakwa laporan semalam membayangkan langkah hampir bagi Liga Super Eropah.

Rancangan itu bertujuan untuk menggembirakan kelab–kelab utama benua dari Jerman, Itali, Sepanyol dan England yang takut persaingan Liga Juara–Juara yang ada sekarang, yang memperkenalkan lapan kumpulan terdiri dari empat pasukan, tidak menarik pulangan komersial yang mencukupi.

Akhbar Guardian dari Britain semalam mendakwa bahawa perubahan itu akan menyaksikan kelab–kelab terbaik dijamin sekurang–kurangnya 14 perlawanan yang menguntungkan menentang pasukan terkemuka lain.

Laporan tersebut juga berkata rombakan itu dicetuskan dengan kebimbangan kelab–kelab benua itu, mereka ketinggalan dengan keuntungan besar yang dijana oleh Liga Perdana England.

Sementara itu, Daily Telegraph menunjukkan kepada undian perlawanan musim ini ketika senarai perlawanan utama kelab–kelab utama yang mahu dihindarkan, empat pot bagi perlawanan tersebut melibatkan BATE Borisov dari Belarus, Maccabi Tel Aviv dan Astana dari Kazakhstan.

Bagaimanapun, ketika Liga Juara–Juara berada pada penggal pertama dari kontrak selama tiga tahun, ia adalah sukar bagi sebarang perubahan sehingga selepas edisi 2017-18.

“UEFA berada dalam kontek berterusan dengan semua pemegang saham, termasuk kelab-kelab, mengenai perkara bola sepak,” jurucakap UEFA memberitahu Guardian.

Guardian berkata Liga Juara–Juara mungkin melibatkan lebih banyak pusingan kalah mati sebelum fasa kumpulan berwajah baru.