Perubahan vis...

Perubahan visa asing cetus pelbagai respons

SYDNEY, 19 April – Keputusan kontroversi Australia untuk membatalkan program visa untuk pekerja asing sementara menerima respons bercampur baur hari ini, dengan pengkritik mengecamnya sebagai memenuhi retorik anti-penghijrahan.

‘Visa 457’ membenarkan perniagaan menghadapi kekurangan kemahiran untuk menggaji pekerja dari luar negara, tetapi telah dikecam oleh kesatuan di tengah dakwaan mengatakan majikan menyalahgunakannya dan pekerja tempatan tidak diutamakan.

“Visa 457 telah dimansuhkan. Ia akan diganti oleh sistem baru yang akan dilaksanakan demi kepentingan negara untuk mengutamakan pekerjaan warga Australia,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull semalam.

“Ia adalah komitmen kami. Pekerjaan warga Australia, nilai-nilai Australia.”

Ahli politik anti-penghijrahan Pauline Hanson memuji pengumuman itu, yang menyamakannya dengan tindakan oleh Presiden AS Donald Trump untuk memperketatkan peraturan visa pekerja mahir semalam.

Dewan Perniagaan dan Industri Australia mengalu-alukan perubahan itu.

“Keyakinan orang awam dalam sistem penghijrahan mahir adalah penting, dan pengumuman ini akan membantu memenuhi keyakinan berkenaan,” kata pemangku ketua Jenny Lambert.

Namun pembangkang Pekerja, yang telah lama menggesa pembaharuan dilakukan pada skim visa 457 untuk melindungi pekerja tempatan, berkata perubahan tidak membawa kejayaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA