Perubahan wak...

Perubahan waktu perkhidmatan BruIPO

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO) di Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri hari ini memaklumkan perubahan waktu operasi mulai 4 Januari 2017.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, waktu bekerja baru BruIPO bermula jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dari Isnin hingga Khamis manakala pada Sabtu bermula 1:30 petang hingga 4:30 petang. Pada Jumaat pula, pejabat itu ditutup.

Manakala bagi waktu pembayaran 8 hingga 11 pagi dan 2 hingga 3 petang pada Isnin hingga Khamis. Pada Sabtu pula jam 8 hingga 11 pagi dan Jumaat ditutup.

Bagi kaunter BruIPO di Pusat Sokongan Perniagaan (BSC) yang terletak di Tingkat 1, Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Anggerek Desa akan terus beroperasi kerana waktu perniagaan BSC adalah dari Isnin hingga Jumaat.

Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi BruIPO di talian 2380965/2380966 atau e-mel enguiries@bruipo.gov.bn