Perunding pembangkang Syria letak jawatan

Perunding pembangkang Syria letak jawatan

BEIRUT, 30 Mei – Ketua perunding pembangkang Syria dalam rundingan perdamaian yang dibroker oleh PBB telah mengumumkan peletakan jawatan beliau, menganggap rundingan yang terbuntu di Geneva satu kegagalan dalam bidang keselamatan dan kemanusiaan.

“Tiga pusingan rundingan menemui kegagalan disebabkan sikap keras kepala rejim dan pengeboman dan penindasan berterusannya terhadap rakyat Syria,” kata Mohammed Alloush, anggota kumpulan pemberontak Jasih al-Islam (Tentera Islam), dalam satu kenyataan di Twitter.

Beliau juga mengecam “kegagalan komuniti antarabangsa untuk menguatkuasa resolusi, terutamanya mengenai isu kemanusiaan, seperti pengepungan, kemudahan mendapatkan bantuan, pembebasan tahanan dan kepatuhan kepada gencatan senjata.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA