Perutusan tahniah kepada Arab Saudi

Perutusan tahniah kepada Arab Saudi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Arab Saudi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, kerajaan dan rakyat Arab Saudi sempena ulang tahun Hari Kebangsaan negara tersebut.

Dalam titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menghargai tali persaudaraan akrab yang dinikmati oleh rakyat dan kerajaan kedua-dua buah negara dan seterusnya merakamkan penghargaan di atas layanan baik yang diberikan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam semasa menunaikan ibadah haji dan umrah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berharap berpeluang untuk memperkembangkan rangkaian kerjasama yang sedia terjalin di masa-masa akan dating.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, Baginda berdoa semoga Allah S.W.T mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada Raja Salman dan seluruh kerabat diraja serta rakyat Arab Saudi akan terus menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.

ARTIKEL YANG SAMA