Perutusan tahniah kepada Bangladesh

Perutusan tahniah kepada Bangladesh

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Mohd Abdul Hamid dan Perdana Menteri, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina.

Dalam titah-titah perutusan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama dan Puan Yang Terutama, kerajaan serta rakyat Republik Rakyat Bangladesh bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Republik Bangladesh.

Baginda Sultan juga menghargai persahabatan dan kerjasama yang sudah lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing, terutama sekali terhadap sumbangan rakyat Republik Bangladesh kepada pembangunan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya akan dapat meneruskan hubungan sangat berharga ini di tahun-tahun akan datang.

Pada mengakhiri kedua-dua titah perutusan itu, Baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama dan Puan Yang Terutama.

ARTIKEL YANG SAMA