Perutusan tahniah kepada Britain

Perutusan tahniah kepada Britain

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron, serta ahli-ahli kerabat diraja, kerajaan dan rakyat UK dan Komanwel bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Ratu Elizabeth ke-90.

Dalam perutusan kepada Ratu Elizabeth II, Baginda sangat gembira melihat perhubungan yang sekian lama di antara kedua-dua buah negara bertambah kukuh yang menggambarkan persahabatan mesra berterusan dan kerjasama bernilai di antara kedua-dua buah kerajaan dan rakyat.

Manakala dalam perutusan Baginda kepada Tuan Yang Terutama David Cameron, Baginda menyampaikan titah ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama dan kerajaan serta rakyat Great Britain dan Northern Ireland.

Baginda berharap akan dapat meneruskan kerjasama bersama Tuan Yang Terutama demi mengeratkan tali persahabatan dan kerjasama yang sudah lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Baginda mengakhiri perutusan dengan menyampaikan salam muhibah dan semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan kegembiraan.

ARTIKEL YANG SAMA