Perutusan tahniah kepada Iran

Perutusan tahniah kepada Iran

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani sempena Hari Kebangsaan Iran.

Dalam titah perutusan tersebut, Baginda merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Hassan Rouhani, kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran bersempena menyambut Hari Kebangsaan mereka dan seterusnya berharap akan berpeluang untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sungguh bernilai yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat pada tahun-tahun akan datang.

Pada mengakhiri titah perutusan itu, Baginda menyampaikan salam muhibah dan semoga Tuan Yang Terutama akan sentiasa berada dalam keadaan sihat wal’afiat dan bagi negara dan rakyat Republik Islam Iran akan sentiasa maju dan makmur.

ARTIKEL YANG SAMA