Perutusan tahniah kepada Kuwait

Perutusan tahniah kepada Kuwait

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah sempena Hari Kebangsaan Negara Kuwait.

Dalam titah-titah perutusan itu, Baginda merakamkan ucapan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad dan His Highness Sheikh Jaber Mubarak, kerajaan serta rakyat Kuwait bersempena Hari Kebangsaan negara mereka.

Baginda Sultan seterusnya merakamkan perasaan gembira terhadap hubungan persahabatan dan kerjasama yang kukuh dan erat yang telah dinikmati oleh kedua-dua buah negara.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad dan His Highness Sheikh Jaber Mubarak akan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan kegembiraan, serta Negara Kuwait dan rakyatnya sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan.

ARTIKEL YANG SAMA