Perutusan tahniah kepada Lee Hsien Loong

Perutusan tahniah kepada Lee Hsien Loong

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, berikutan kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya umum Republik Singapura.

Dalam perutusan tersebut, Baginda bertitah bahawa kemenangan yang diperoleh oleh PAP memperlihatkan rakyat Singapura sekali lagi telah memilih pemimpin dan parti yang dapat dipercayai untuk meneruskan kemakmuran dan kestabilan ekonomi Singapura.

Baginda seterusnya menyatakan harapan agar akan dapat terus bekerjasama dengan Tuan Yang Terutama dalam mengukuhkan lagi persahabatan akrab yang dinikmati di semua peringkat dan juga kerjasama bernilai yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

Baginda mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah dan sejahtera kepada Tuan Yang Terutama dan keluarganya.

ARTIKEL YANG SAMA