Perutusan tahniah kepada Malcolm Turnbull

Perutusan tahniah kepada Malcolm Turnbull

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Yang Berhormat Malcolm Turnbull berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Australia.

Dalam titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga Yang Berhormat akan berjaya dalam menjawat jawatannya yang baharu itu dan Baginda seterusnya berharap akan dapat bekerja rapat dengan beliau dalam memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah kerajaan dan juga rakyat negara masing-masing.

Pada mengakhiri perutusan tersebut Baginda mengucapkan salam muhibah kepada Yang Berhormat Malcolm Turnbull.

ARTIKEL YANG SAMA