Perutusan tahniah kepada Menteri Luar Singapura

Perutusan tahniah kepada Menteri Luar Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, telah menghantar perutusan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Vivian Balakrishnan atas pelantikannya.

Dalam perutusan itu, Duli Yang Teramat Mulia menghargai hubungan berpanjangan yang dinikmati kedua-dua buah negara dan melahirkan harapan untuk terus bekerja rapat dengan Tuan Yang Terutama ke arah mengukuhkan lagi persahabatan yang bernilai dan kerjasama rapat sama ada secara dua hala atau menerusi perkongsian antarabangsa terutamanya sebagai anggota ASEAN.

Pada mengakhiri perutusan itu, Duli Yang Teramat Mulia menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama dan semoga maju jaya dalam jawatan barunya itu.

ARTIKEL YANG SAMA