Perutusan tahniah kepada PM Britain

Perutusan tahniah kepada PM Britain

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Theresa May berikutan pelantikannya sebagai Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland yang baru.

Dalam perutusan tersebut, Baginda menekankan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Great Britain selama ini telah menikmati kerjasama yang erat dalam banyak bidang penting seperti dalam bidang pertahanan dan berharap akan terus dapat mengukuhkan persahabatan yang bersejarah dan bernilai yang dikongsikan bersama oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri perutusan tersebut Baginda menyampaikan salam muhibah dan semoga beliau beroleh kejayaan dalam menyandang jawatannya yang baru tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA