Perutusan tahniah kepada PM Republik Korea

Perutusan tahniah kepada PM Republik Korea

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Hwang Kyo-Ahn, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Korea yang baharu.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga Tuan Yang Terutama akan beroleh kejayaan dalam jawatannya yang baharu dan seterusnya akan dapat bekerja bersama dengan beliau ke arah meningkatkan hubungan yang rapat diantara kedua-dua buah negara, secara dua hala dan sebagai rakan kongsi serantau.

Pada mengakhiri perutusan itu, Baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama.