Perutusan tahniah kepada PM Vietnam

Perutusan tahniah kepada PM Vietnam

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc berikutan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam.

Dalam perutusan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga Tuan Yang Terutama meraih kejayaan dalam jawatannya yang baru itu dan seterusnya berharap dapat bekerja rapat dengan Tuan Yang Terutama dalam meningkatkan perhubungan sangat bernilai yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara, sama ada secara dua hala mahu pun rakan dalam ASEAN dan TPPA.

ARTIKEL YANG SAMA