Perutusan tahniah kepada Raja Jordan

Perutusan tahniah kepada Raja Jordan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada His Majesty King Abdullah II Ibn Al-Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan, dan kerajaan serta rakyat Hashemite Kingdom of Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut.

Dalam titah perutusan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, Baginda sangat gembira dapat berjumpa His Majesty King Abdullah II baru-baru ini semasa Persidangan Asia-Afrika di Jakarta dan berharap akan dapat meneruskan kerja dengan His Majesty demi memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama yang rapat dan sudah lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta rakyat Negara Brunei Darussalam berdoa semoga His Majesty King Abdullah II dan kerabat diraja sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira, dan bagi rakyat Jordan akan menikmati kemajuan dan kemakmuran.

ARTIKEL YANG SAMA