Perutusan tahniah kepada Ratu Elizabeth II

Perutusan tahniah kepada Ratu Elizabeth II

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland bersempena sambutan mercu tanda penting pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II.

Di dalam perutusan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan dedikasi Baginda Ratu yang berterusan ke atas perkhidmatan awam dan kebajikan terus menjadi galakan yang memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Great Britain, tetapi juga bagi mereka dalam Komanwel dan di mana sahaja. Baginda seterusnya berharap untuk terus mengukuhkan persahabatan dan kerjasama yang bernilai dan sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara.

Pada mengakhiri perutusan itu, Baginda menyampaikan salam muhibah semoga Baginda Ratu Elizabeth II berada dalam keadaan sihat sejahtera dan kebahagiaan yang berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA